Thursday, December 27, 2012

Tetamu tak diundang


Tetamu itu di belakang rumah sebelah wet kitchen

Dua hari lepas, kami sekeluarga gempar bila Humaira anak ke 3 kami menjerit "ular!" beberapa kali.  Rancangnya nak memasak di luar (wet kitchen terletak di luar belakang rumah), Humaira' sedang menunggu di luar sebab selalunya sambil saya memasak saya akan check dia membaca qiraati.  Saya sedang berada di dry kitchen (dalam rumah) bersedia nak keluar, tiba-tiba dengar jeritannya diselang-selang dengan tangisan.  

Suami bergegas turun dari tingkat atas rumah dan menyuruh Humaira dan Aisha (adiknya) masuk cepat-cepat ke dalam rumah.  Dia enggan kerana terlalu takut dan asyik memandang ke arah pintu.  Mungkin dia nampak ular di bahagian pintu belakang rumah.

Kaget jugak perasaan ketika itu, Humaira' tak berhenti-henti menangis, malah lagi kuat pulak tangisannya.  Suami keluar ke belakang rumah sambil menjerit "Masuk! Masuk cepat!"  Segera dia menarik tangan kedua-dua Humaira dan Aisha masuk ke dalam rumah.  Cepat-cepat suami menutup pintu dapur, takut jika ular tiba-tiba muncul di muka pintu.  

Adalah hikmahnya kejadian malam tadi.  Dah lama anak-anak minta nak bela kucing.  Kami dok tangguh-tangguh, maklumlah kerja-kerja mengemas dek pindah ni buatkan kami sibuk dan kelam kabut sikit.  Nekad kami nak mencari kucing keesokannya tanpa lengah.  Mengikut pengalaman suami, semasa dia di kampung, ular tak pernah masuk ke rumahnya sepanjang dia memelihara kucing di rumahnya.  Tapi, semenjak kucing-kucing tak dijaga dan dihantar ke tempat lain (bila dah tak terjaga sebab bilangan yang dah tak terkira banyaknya dan tak termampu nak jaga dah) acapkali pula ular datang menjenguk ke dalam rumah.  Huh, bahaya tu, pelihara kucinglah jawapannya.   

Tersenyum bila pikir kejadian semalam.  Bila dah terantuk baru nak tengadah.  Lain kali prihatin pada rengekan anak-anak.  Kita pandang kecil permintaan mereka, rupa-rupanya makhluk Allah bernama kucing bakal menjadi penyelamat daripada ancaman binatang bisa seperti ular!  In shaa Allah.

Hmm...dah nak masuk 3 hari dapur tak berasap dek tetamu tak diundang ni.  Pintu belakang memang tak berani dibuka dah.  Tingkap rumah semua tutup.  Dalam dua hari ni suami dan anak-anak dah bertanya-tanya di pet shop di area Putatan.  Tak sangka pulak mahal kucing-kucing ni.  Paling murah rm700 kucing yang biasa je tu.  Banyak aje kucing yang serupa berlegar-legar di kawasan rumah.  Saya cuba hubungi SPCA KK (Society for the Prevention of Cruelty to Animals), pusat perlindungan haiwan, untuk penjagaan kucing yang tiada owner dan hari ini mereka dah hubungi saya dan inshaa Allah, hujung minggu ini kami akan ke pusat perlindungan untuk memilih kucing mana yang nak dijaga.  

Tak sabar pulak rasanya nak dapatkan kucing.  Sebelum ni memang tak lah berminat sangat, anak-anak yang ada ni pun tak terurus sepenuhnya inikan pulak kucing.  Hmm...peluang nak bagi pelajaran kepada anak-anak erti tanggungjawab harapannya.  Kucing pun binatang kesayangan nabi kita.  Banyak manfaatnya inshaa Allah.  Doakan ya moga projek memelihara kucing ni dapat diimplimentasikan dengan jayanya.  Ameen.


3 comments:

  1. ular? Ya Allah takutnya!! Jenis apa? Alhamdulillah budak2 x apa2. Dulu masa kami kat kedah dulu dah biasa ular kat belakang rumah taulah kat kedah bnyk sawah padi mmg ular ni kat mana2 pun ada tapi sbb kitorg dulu mmg suka bela kucing jd x pulak masuk ke dlm rumah. Mmg betul bela kucing ni bukan saja dia doakan tuannya they can also guard our home in away. Tapi bila dh ada anak dah xnak bela sbb kencing n berak nya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ya julie, cats could scare out the beast! hopefully budak2 ni boleh lah tolong jagakan kucing2 ni...nak 2 ekor pulak tu...tak boleh ke ajar berak/kencing kat luar rumah?

      Delete
    2. Dah dapt dah kucing2? Suka la budak2 tu :-). Better ajar kucing2 tu potty training tp letak kat luar rumah so they won't do 'their business' merata rata hehehe, but kenalah spend sikit beli cat litter which is quite costly.

      Delete