Wednesday, December 19, 2012

Hijrah ke Tempat Baru





Tempat baru ini ada pemandangan saujana mata memandang.  


Mana nak sangka dapat pemandangan seperti ini di tempat baru.  Pemandangan ini bakal tempat aku mencari ketenangan setelah penat melayan kerenah anak-anak, bekerja seharian di pejabat, rehat sejenak hanya dengan melontar pandangan keluar dari tingkap dapur rumah.  Cukup sudah dapat kepuasan yang tak dapat diungkap.

Ma Shaa Allah, tak pernah terfikir sebelum ini aku akan pindah ke negeri di bawah bayu ini.  Rancangnya hendak berhijrah ke Bangi asalnya.  Tapi ketentuan Nya, ke Kota Kinabalu rupanya aku.  Pasrah aku dengan kehendakNya.  Manusia hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukannya.  

Takkan jemu-jemu melihat alam Allah terbentang luas.  Alam ini umpama lukisan yang rupanya bukan sahaja cantik, tetapi hidup dengan alunan angin, segarnya udara dapat menghidupkan hati yang sentiasa berubah-ubah ini.  Harapan ku moga lagi hampir diri ini dengan Pencipta alam ini, inshaAllah.  Ameen.

No comments:

Post a Comment