Al-Quran itu mukjizat, tetapi kenapa ia tidak begitu berfungsi dalam kehidupan harian sebagai seorang muslim.
Berulang-ulang kali membacanya, dengan tidak sepenuh
perhatian, hanya sekilas pandang akan makna-makna ayat yang dibaca. Sedikit sangat usaha untuk memahaminya. Amat kurangnya kecintaan kita kepada
Allah. Analoginya seperti kononnya
mengaku kekasih yang membaca surat dari kekasihnya berulang-ulang pula, tapi
langsung tak paham isi kandungannya.
Takkan jadi begitu? AstaghfirullahalAziim, kau ampunilah dosa hambaMu ini ya Allah. Apa yang nak ku bawa bila bertemu Mu ya Allah di akhirat nanti.
Takkan jadi begitu? AstaghfirullahalAziim, kau ampunilah dosa hambaMu ini ya Allah. Apa yang nak ku bawa bila bertemu Mu ya Allah di akhirat nanti.
Rupa-rupanya kita lupa ada adab-adab yang perlu kita ikuti
dalam berinteraksi dengan AlQuran. Yang utamanya
niatkan setiap pembacaan alQuran adalah untuk membina ketaqwaan. Dan sematkan dalam hati dan pemikiran kita bahawa:
1.
Memahami ketinggian firman Allah SWT. AlQuran bukti cinta Allah kepada manusia.
Ia dicipta bagi memenuhi keperluan
dan kehendak manusia.
a.
Ia mengangkat martabat manusia dimana ruhnya akan
dibawa pulang balik ke alam arwah di atas langit ke tujuh arasy, tempat asal
ruh kita.
b.
AlQuran adalah petunjuk kepada jalan pulang ke alam
tinggi iaitu arasy yang mulia.
2.
Mengagungkan Mutakalim iaitu Allah. Suci, tiada campur tangan manusia hatta malaikat dan Nabi sekalipun dalam membikin kitab Al-Quran ini. Wahyu yang turun dijaga dengan penuh rapi dalam
satu jangka masa yang lama, tanpa ada penyelewengan dari umat nabi Adam
hinggalah ke zaman Nabi Nuh, lebih kurang 10,000 tahun Islam menjadi agama yang
dianuti manusia pada masa itu.
InshaAllah, point yang seterusnya akan saya sambung minggu hadapan dari kuliyah akan datang.
No comments:
Post a Comment