![]() |
Imam Hamid dari Gaza menyatakan Umat Islam sedang nyenyak tidur . Dan disibukkan dengan hal-hal dunia, hingga tidak mempedulikan masalah dunia Islam. |
MashaAllah, dah masuk fasa 3 Ramadhan. 10 hari terakhir Ramadhan, amalan sunnah yang diamalkan Rasulullah adalah I’tiqaf di masjid. Amalan Rasulullah ini mengajar kita supaya ber 'uzlah iaitu mengasingkan diri kita di tempat ibadah supaya kita mampu mendekatkan diri kita dengan Allah dengan sebenar-benarnya.
Apa yang saya belajar dan ingat dari kuliyah Ustazah Faridahanum,
amat penting jika kita memanfaatkan sebaik-baiknya 10 hari terakhir ini dengan membuat
penilaian terhadap diri dengan objektif-objectif dan matlamat yang jelas. Maksudnya, penilaian yang kita buat terhadap
amalan kita sebelum ini, seharusnya menghasilkan suatu perancangan yang lebih
baik untuk masa hadapan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan diri dan amalan kita
sebelum ini.
Contohnya, jika kita menyedari
akan pembacaan kita tidak begitu banyak pada tahun ini, maka perlu kita ada
perancangan dari segi jadual masa untuk mempertingkatkan bacaan kita
sehari-hari. Jika kita dapati silaturrahim
kita dengan orang terdekat tidak begitu rapat, jadi kita perlu memikirkan cara-cara
untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan.
Saranannya, dalam kita mencari lailatul Qadr, kita juga membuat
penilaian diri kita dengan setulus-tulusnya untuk menyediakan perancangan yang
betul-betul serius untuk memperbaiki diri kita dengan penuh kesungguhan,
inshaAllah.
Tulisan ini adalah sebagai motivasi diri ini yang mudah
mengalah dengan keletihan yang menimpa dek urusan kerja dan keluarga. Astaghfirullahal Azim. Allah akan cuma membuka pintu rahmatNya untuk
hambaNya yang bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan setiap amalan yang ingin dipersembahkan
kepada Penciptanya.
Peringatan yang amat mendalam dari kuliah zohor tadi di pejabat, ustaz menyuruh supaya
kita sentiasa mengadu kepadaNya, sentiasa mengharapkan rahmatNya, dan jangan
sekali-kali berputus asa. Biar pun kita
dah hampir ke hujung Ramadhan, tapi dengan rahmatnya kita masih lagi diberi
peluang dengan baki-baki akhir ramadhan ini dengan ni’mat kesihatan dan
kelapangan yang kita ada. Jangan kita cuma akan menyesali ni’mat yang kita ada bila kita terlantar sakit tak dapat berbuat
apa-apa. Au’dzubillahi min zaalik.
Doakan juga untuk saudara-saudara kita di Mesir, Syria, Palestin
dan seluruhnya. Cabaran umat Islam
memang amat hebat di dunia ini, dan dengan sebab itu kita umat Islam
dikurniakan dengan bulan Ramadhan, supaya kita dilatih menjadi umat yang kuat
dan mampu mengahadapi cabaran sehebat ini.
Ya, kita mampu, jika kita betul-betul menjalani bulan ini mengikut
piawaian sebenar yang telah ditetapkan Allah.
Itu janji Allah.
Apa-apa pun Allah itu dekat, pohonlah keampunan dariNya tanpa henti-henti. Istiqamah dengan pengaharapan itu, moga Allah membuka pintu rahmatNya di bulan yang mulia ini. Allahumma Ameen.
Apa-apa pun Allah itu dekat, pohonlah keampunan dariNya tanpa henti-henti. Istiqamah dengan pengaharapan itu, moga Allah membuka pintu rahmatNya di bulan yang mulia ini. Allahumma Ameen.
No comments:
Post a Comment