Wednesday, June 5, 2013

Usrah Keluarga Bahagian (2)


As Salamu’alaikum,
Mohon maaf, sebab dalam entri saya sebelum ini Usrah Keluarga Bahagian (1), saya menjanjikan bahan-bahan yang boleh diguna pakai dalam pengisian usrah bersama anak-anak.  Agak lama saya tidak update blog ini.  Jadi, saya akan teruskan dengan perkongsian bahan-bahan untuk usrah bersama anak-anak di rumah.

Buku Islamik Kanak-Kanak



 Contoh bahan-bahan seperti buku-buku sirah Nabi Muhammad untuk kanak-kanak, Tafsir untuk kanak-kanak, kisah-kisah binatang dari Al-Quran, buku-buku Harun Yahya untuk kanak-kanak. 
Senarai buku-buku ini adalah diantara koleksi buku kanak-kanak yang ada di rumah kami.  Saya pasti, banyak buku kanak-kanak yang sebelum ini kita pernah beli sebagai contoh buku-buku yang  mengajar akhlak yang baik, buku-buku sains untuk anak-anak, semuanya boleh digunakan untuk tarbiyah anak-anak untuk mengenal lebih dekat kepada Penciptanya.  Rujukan buku-buku bergambar mudah bagi anak-anak mengikuti sesuatu perkara yang diajarkan.  


Buku-buku sains boleh dikaitkan dengan kebesaran Allah, untuk lebih memantapkan aqidah anak-anak.


Buku Kisah Nabi untuk kanak-kanak


Selitkan cerita-cerita Nabi dari Al-Quran supaya hati mereka dekat dengan kekasih-kekasih Allah yang memperjuangkan Islam sehingga sampai ni'mat Islam ke zaman ini…  Anak-anak apabila diterapkan dengan tarbiyah melalui cerita teladan seperti ini, mereka mudah untuk melakukan sesuatu  perkara apabila sedikit pemahaman diberikan kepada mereka dengan bentuk yang lebih santai dan ceria.  Jadikan usrah anak-anak ini suatu aktiviti yang ceria, diselangi dengan cerita dan nasyid kerana aktiviti-aktiviti seperti ini membuatkan mereka  tertunggu-tunggu untuk program usrah keluarga seminggu sekali ini.  Reward mereka dengan makanan kegemaran seperti aiskrim bila mereka berjaya mengikuti usrah hingga ke habis.

Tafsir AlQuran untuk Kanak-Kanak


Adalah amat penting untuk diterapkan dalam diri anak-anak untuk melakukan kerja yang baik itu ikhlas untuk Allah.  Terutamanya apabila mengajarkan anak-anak untuk solat lima waktu.  Mereka akan lebih paham untuk melakukan solat kerana ianya suruhan Allah dan bukan suruhan ibu bapanya.  Dan ganjarannya akan dapat dikecapi di Akhirat.  Banyak yang boleh diceritakan dari tafsir alQuran mengenai keindahan syurga dan dengan secara terperinci.  Anak-anak suka dengar cerita-cerita syurga dan ahli-ahlinya.



No comments:

Post a Comment