Tuesday, June 18, 2013

Perkongsian Khutbah Bro. Nouman Ali Khan

Kali ini saya ingin berkongsi sesuatu dari khutbah ust. Nouman Ali Khan yang bertajuk Teaching Kids About Islam.  Satu perkara yang ingin saya kongsi ialah, beliau ada menyebut mengenai satu perkara yang saya rasa amat praktikal yang perlu kita lakukan jika kita ingin anak kita mendalami pengetahuan tentang Islam.  Ya, secara langsung dari kita sebagai ibu bapa dan bukan ustaz atau ustazah di sekolah.  

Ustaz Nouman Ali Khan menyarankan supaya semua keluarga muslim menetapkan tilawah dan pembacaan makna dan tafsir al-Quran setiap hari selama 30 minit dengan anak-anak.  Masa yang paling sesuai adalah antara maghrib dan isya’. 

Tukar rutin tilawah, jika selama ini anak kita dok membaca alQuran hingga boleh berulang kali khatam tanpa memahami makna.   Kini mari kita perbaiki dengan cara mengumpulkan anak-anak, pilih satu surah untuk di baca, fahami maknanya dan amal untuk satu minggu (hafal maknanya sekali).  Dalam tilawah majlis ini, dapatkan salah seorang untuk anak membaca surah yang dipilih, dan seterusnya anak yang lain membaca maknanya.  Kita juga boleh tambah sedikit dengan pemahaman yang kita ada dan tutup dengan doa mengharapkan semua mendapat kebaikan dari aktiviti ini.  

Saya baru mencuba dan telah melakukannya untuk 3 hari berturut-turut.  Penerimaan anak-anak alHamdulillah.  Kami mulakan dengan surah alFatihah memandangkan surah ini bacaan utama Solat, amat penting untuk anak-anak memahami ayat-ayat yang diulang-ulang sebanyak 17 kali setiap hari ini.  MashaAllah, satu hari tak dibuat, anak yang sulong bertanya kenapa kita tak buat tafsir semalam?  Hmm…kesibukan kita sebagai ibu bapa memang akan membuatkan kita boleh terlupa dan kena cepat-cepat untuk meneruskan apa yang dirancang. 

Mudah-mudahan keluarga kita  dapat barakahnya bila kita semua ada kesungguhan yang menginginkan keluarga kita dekat dengan alQuran.  Itu janji Allah.  Tugas kita ialah untuk terus melakukannnya.

Ya Allah perkenankanlah hamba-hambaMu yang berusaha takat yang termampu ini, dan permudahkanlah.  Ameen.

Sesiapa yang berminat untuk mendengar khutbah ust. Nouman Ali Khan, cari nya di youtube.  Saya sering mempermainkan ceramahnya di youtube ketika traffic jam balik dari kerja.  1 jam traffic jam pun tak terasa, dan boleh pula dimanfaatkan masa kita di jalanan. 

Cari juga Nouman Ali khan Podcast, Bayyinah Podcast dan JUzz Amma Podcast jika anda ada smartphone android. 

InshaAllah moga bermanfaat buat kita semua.

No comments:

Post a Comment