Sunday, March 10, 2013

Usrah Keluarga (Bhgn 1)


Kita biasa buat usrah di kalangan orang-orang dewasa, kawan-kawan contohnya, tapi yang saya mahu ceritakan di sini ialah usrah bersama anak-anak.  Pengalaman saya mengelolakan aktiviti usrah bersama lima orang anak-anak saya yang masing-masing berumur 12 tahun, 9 tahun, 7 tahun, 4 tahun dan 1 tahun 3 bulan memang amat mencabar.  Selalunya apa yang terjadi, lain yang dirancang, lain yang jadi. Tapi biar haru biru jadinya, masih juga saya teruskan.  Kenapa saya kata begitu?  Inilah pengalaman saya nak kongsikan kepada semua.  

Perjalanan usrah bersama anak-anak ini memang amatlah unpredictable, tak dapat dijangka proses dan hasilnya. Selalunya akan difikir dahulu akan aktiviti atau pengisian yang akan dibuat sebelum hari minggu yang akan dibuat usrah itu.  Selalunya hari sabtu petang jika tiada aral melintang.  Jika waktu yang dirancang tak dapat dibuat, lakukan saja secara impromptu bila ada peluang yang dirasakan amat sesuai.  Kerana jika nak tunggu waktu yang paling sesuai memang tak jadi lah gamaknya.

Penting jika kita tetap dengan aktiviti usrah sebagai prioriti utama hari hujung minggu.  Bila-bila masa semua ahli keluarga ada bersama contohnya ketika berkelah di taman, ambil peluang itu dan mulakan perbincangan dengan anak-anak.  Oleh itu kena sentiasa bersedia dengan topik-topik atau kisah yang menarik untuk seisi keluarga berbincang mengenainya.  Pengisian mudah seperti, sunnah rasulullah yang kita perlu contohi seperti bersiwak sebelum solat.  Dan initiate semua ahli keluarga mengamalkannya untuk seminggu.  Bunyinya memang macam mudah tapi sekurang-kurangnya kita berusaha.  Tafsir surah-surah pendek, kisah-kisah dari alQuran antara pengisian dalam usrah.  Contoh pengisian dan topic dalam usrah bersama anak-anak ini akan saya detailkan di perkongsian akan datang inshaAllah.
Haziq, anak yang sulung selalu diberi tugas membuka majlis usrah dengan  tilawah al Quran.
Point penting yang perlu diingat.                                                                
1.        Jangan terlalu tinggi expectation.  Sebab anak-anak ini masih kecil!  Ini yang saya sering peringatkan diri saya.  Jika hasilnya kurang memberangsangkan, usahanya Allah beri pahala, hasilnya kita serahkan kepada Allah.  Kita tiada hak nak menentukan.  Hidayah itu dari Allah, hatta anak jagaan kita, tak berhak kita nak menentukannya.  Yang pastinya kita perlu berusaha.

2.     Jangan mengharapkan perfection.  Anak-anak lebih menghargai perhatian yang diberikan kepada mereka.  Jika perjalanan usrah tidak berjalan begitu baik, anak-anak kita tak perasan pun, sebab yang mereka ingat ialah ibu ayahnya melakukan sesuatu bersama-sama mereka.  Yang penting anak-anak ini enjoy aktiviti bersama.

3.      Banyak rintangannya!  So perlu kepada persiapan jiwa dan mental.  Banyakkan berdoa meminta pertolongan dari Allah.

Kenapa ya penting?  Sebabnya adalah kebaikan-kebaikan yang banyak sekali!  Percaya dengan janji Allah.  Dengan menjaga suruhan Allah dan RasulNya, maka Allah akan menjaga kita dan keluarga kita.  Insha Allah.  Ameen.  Antara kebaikan-kebaikannya ialah:

The quality time together of course!

Apabila kita mengkhususkan masa untuk aktiviti istimewa seperti ini, kita mempunyai perhatian yang penuh untuk semua anak-anak.  
Kenapa saya katakan begitu adalah kerana, dalam aktiviti usrah ini, anak-anak akan duduk dalam bulatan dan mereka akan bertemu mata sesama sendiri.  Jadi masing-masing tak boleh berpaling muka bila ketua/ibu atau ayah sedang bercakap dengan mereka.
(Oopss..mungkin tidak begitu benar dalam kes saya ini, sebab kadang-kadang dialog bersama anak-anak tergendala bila anak  kecil yang dipangku merengek minta menyusu pulak…memang amat menguji kesabaran!  Atau yang 3 tahun tu nak buang air besar.  Aduh!)
Aksi Iman di tengah-tengah kakak2 dan abangnya.
 Sebab itu saya tekankan sekali lagi jangan tinggi expectation sebab kita akan mudah putus asa dan aktiviti penting ini boleh berkubur begitu saja.  Haha…saya bercakap dari pengalaman saya setakat ini.  Biasalah iman kita sentiasa naik turun.  Kerja-kerja untuk akhirat sebegini memang banyak halangannya.  Antaranya, perasaan malas, ingin bersantai di hujung minggu…bisikan-bisikan seperti “hujung minggu waktu rihat mu, dah 5 hari bertungkus lumus di ofis” dan macam-macam alasan lagi. 


Tarbiyah khusus kepada anak-anak dari ibubapanya sendiri.

Amat wajar sekiranya kita ada satu quality time bersama anak-anak, dan aktiviti usrah diantara salah satu aktiviti di hujung minggu yang sepatutnya didahulukan.  kita tak mahu hari hujung minggu kita kosong berlalu begitu saja tanpa ada tarbiyah yang khusus untuk anak-anak.  Kita sebagai ibu dan ayah jangan lupa tentang suapan ruh dan jiwa anak-anak.  Mereka memerlukan tarbiyah secara langsung ibu dan ayahnya sebagai pendidik nombor satu mereka, bukan setakat suapan makanan minuman untuk perkembagan fizikal semata-mata.  Perkembangan jiwa mereka jika tidak diurus, akan cacat keperibadiannya.  Cantik nampak di luar tanpa dilengkapi dengan akhlaq yang terpuji, maka pincang aqidahnya, kerana akhlaq merupakan pelengkap aqidah seseorang muslim.  Contohi Nabi Muhammad S.A.W kita yang terpuji. 

Hana sedang membaca makna ayat alQuran yang telah dibaca oleh abangnya.
Banyak kejutan-kejutan dari anak-anak!

Dalam perbincangan dengan anak-anak, ada soalan-soalan yang kita lontarkan kepada mereka bagi nak memastikan samada mereka paham atau tidak dengan tajuk yang dibincang.  Contohnya, tajuk pengisian berdasarkan pada tajuk adab-adab belajar di dalam kelas.  Kadang-kadang anak-anak yang lebih muda menjawab lebih bernas daripada kakak dan abangnya.  Jawapan-jawapan yang diberikan boleh membuatkan kita lebih kenal akan potensi anak-anak kita.  Di masa inilah kita ada peluang mengenal lebih dekat anak-anak kita! Yay! 

Kesimpulannya, memang rugi kalau kita tak ikut sunnah yang diajar Rasulullah ini.  Besar pahalanya dan rahmat untuk seisi keluarga.  Usrah yang istiqamah akan memberikan suasana islami dalam keluarga kita inshaAllah.  Mujahadah sentiasa itu amat penting.  Jangan cepat menyerah kalah jika ia tidak berlangsung seperti yang diharapkan.  Kita usaha yang terbaik, selebihnya kita serahkan kepada Allah.  Kami masih lagi mencuba.


Banyak lagi kalau nak diceritakan...inshaAllah saya sambung di bahagian kedua di mana saya akan share bahan-bahan, resources i.e. media, buku2 yang boleh digunakan dalam penyampaian usrah bersama anak2, inshaAllah.






2 comments:

  1. Nak bagi anak2 in one seating, that itself is a challenge! Dengan kesibukkan kita hari2 its easily to overlook but spending time with our children is a must! Dgn cara usrah ni kita dapat kenal anak2 kita individually and potensi masing2. Such an inspiration..good job umi! Alhamdulillah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk komen Julie. usrah dengan bebudak ni memang selalunya macam tak capai objektif yang betul-betul kita nak...tapi kena ada jugak aktiviti tarbiyah/pendidikan yang khusus macam usrah ni...inshaAllah ada kesannya pada jiwa anak2...kita mampu berdoa. kalau Julie buat memang amat meriah la...tapi tak tentu jugak sebab majoriti anak2 lelaki, jadi mungkin kurang kecohnye, sebab kalau perempuan ramai ni yang susah nak dikawal, maklumlah pok pek2 sampai kesudah...kalah uminye...

      Delete