Sunday, March 3, 2013

Kami ke Kundasang

Pemandangan yang indah

Alhamdulillah, perjalanan yang telah dirancang yang juga telah ditangguh beberapa kali akhirnya jadi juga.  Kami ke Kundasang pada 2 Feb.2013 dari tempat kami tinggal di Putatan.   Perjalanannya lebih kurang 100 batu dari Kota Kinabalu.  Jauh rumah kami cuma 15 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu.  Cuaca amat cerah hari itu, Subhanallah dan syukur alHamdulillah perjalanan hari itu amat ceria cuma kadang-kadang diselangi dengan pertengkaran kecil anak-anak di tempat duduk belakang kereta.  Tak terasa nak marah sebab mood yang amat baik nak melihat gunung tertinggi di Asia Tenggara ini.  

Gunung Kinabalu boleh dilihat dari tingkap bilik rumah kami bila cuaca cerah.  Sudah lebih dua bulan kami pindah ke Sabah.  Kami sekeluarga belum sempat lagi berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik di Sabah.  Suami yang mencadangkan untuk ke Kundasang, lokasi gunung Kinabalu buat pembuka kepada destinasi-destinasi yang akan datang inshaAllah.  Sekurang-kurangnya bila sedara-mara datang ke Sabah, adalah juga tempat menarik yang kami dah sampai dan boleh jadi 'tour guide' nya.

Subhanallah, yang mampu saya ucapkan.  Alhamdulillah dek cuaca yang amat cerah dan cantik, gunung Kinabalu sentiasa mengiringi perjalanan kami tanpa dilindungi awan sedikit pun sehingga lah matahari melabuhkan dirinya di waktu senja.  


Gunung Kinabalu jelas kelihatan di sepanjang perjalanan kami tanpa awan tebal melindungi.  

Lagi gambar-gambar yang sempat kami ambil dari tempat-tempat yang kami kunjungi.

1. Tempat penginapan kami di Kinabalu Pine Resort.  Sebab utama kami pilih resort ini adalah kerana hotel ini ada pengesahan halal JAKIM untuk makanan di restorannya.  Keduanya, tempatnya memang cantik kerana landskapnya yang dijaga rapi dan cantik sekali. Bilik dan servisnya pun memang memuaskan hati.  



2. Desa Cattel Dairy Farm.  Ladang lembu yang amat besar di kaki bukit Mesilau, mengadap Gunung Kinabalu.  Memang amat cantik pemandangan di sini.  Rasa macam di ladang lembu New Zealand.  Kalau saya kata saya di New Zealand, percaya tak?





3. Timpohon, Kinabalu Park.  Di sini merupakan spot terakhir pendaki-pendaki diturunkan untuk pendakian ke puncak gunung Kinabalu.



4. Mesilau Nature Center.  Gambar ini diambil dari Mesilau golf club.  Ketinggiannya adalah 2000m, 500m lebih tinggi dari Cameron Highland.  Sejuk dan nyaman sekali udaranya.



Permerhatian saya.

Alam semulajadi kurniaan Allah amatlah sempurna jika nak dibandingkan dengan ciptaan buatan manusia yang penuh cacat cela ini.  Kami sekeluarga menikmati pemandangan yang amat indah dan pengalamannya memang menyeronokkan.  Cuma yang menyedihkan, pekan Kundasang ini yang merupakan pekan kepada pusat kunjungan pelancong-pelancong baik dari dalam negeri maupun luar negeri ini tak  dijaga dengan begitu baik.  Memang mengecewakan. 

Bagaimana kerajaan negeri boleh tidak menjaga kemudahan asas seperti jalan di tengah pekan Kundasang ini.  Jalan masuk memang dah cantik, tetapi jalan utama yang menjadi laluan orang tempatan ke kedai-kedai runcit dan pasarnya amat menyedihkan.  Jika Bandar Kundasang yang menjadi pusat kunjungan pelancong tak dapat nak dijaga dengan baik, manakan pula luar Bandar yang tercorok di negeri Sabah.  Negeri ini kaya bah! Dengan sumber minyak, balak, alam semulajadinya yang nan indah, tapi tak dapat dikecapi oleh kebanyakan rakyat Sabah.

Nampak sangat orang-orang tempatan tak dihargai.  Bandarnya memang tak membangun, tetapi sekurang-kurangnya kemudahan jalan untuk penduduk setempat disediakan dengan sebaiknya.  Pendapatan bandar ini  hasil dari aktiviti pelancongan patut diagihkan sama rata kepada penduduk dengan diberikan kemudahan fasiliti asas yang sempurna.  Sungguh jelas bilamana ada pembangunan pesat yang berlaku terutamanya di pusat Bandar Kota Kinabalu, tempat lokasi pusat-pusat bisnes dan hotel-hotel bertumpu, barulah jalan cantik dan luas dibina, dan kebersihannya amat dijaga. 

Hmm…mana-mana pergi di Malaysia begitulah pemandangannya.  Negerinya amat cantik dikurniakan Allah kepada penduduknya, tapi jika tidak diuruskan dengan penuh amanah, rakyat yang menjadi mangsa.  

Kami lihat rata-rata rakyat Sabah miskin, dan bila sudah menjadi Bandar pelancongan yang amat pesat membangun, kos hidup makin tinggi,  dan rakyat makin tertekan.  Kos makan di Kota Kinabalu lebih mahal berbanding KL.  Jangan ditanya harga rumah di KK.  Teramatlah mahal.  Rakyat tempatan memang tak mampu, segelintir saja rasanya.  Kondo-kondo mewah tumbuh bak cendawan.  Untuk orang luar gamaknya.  Hmm…tak taulah, malas nak cerita panjang lagi.  

Ini kalilah, kita tukar bah!
Maaf sebab terlencong sedikit dari topik.  Moga semua peroleh manfaat dari maklumat tempat-tempat yang dikunjungi.  Jumpa lagi di tempat-tempat menarik akan datang.  InshaAllah, jika dipanjangkan umur.

No comments:

Post a Comment