Wednesday, July 25, 2012

Dilema seorang ibu di bulan Ramadhan.

Permulaan yang baik untuk penutup  yang baik juga.  Itulah harapan ku yang amat besar  untuk Ramadhan tahun ini.  Ya Allah, Kau jua yang memberikan kekuatan kepada hamba Mu ini bagi menjalani ibadah dalam bulan yang mulia ini.  Sering ku bacakan surah al-Inshirah yang mengandungi ayat yang bermaksud, bersama-sama kesusahan itu ada kesenangan.  Moga dengan kepayahan hamba mu menjalani ibadah puasa ini sedaya mungkin, Kau terimalah amal hamba Mu yang tidak seberapa ni.  Hanya keampunan Mu yang ku pinta yaAllah di atas dosa-dosa yang ku lakukan. 

Sudah masuk hari ke lima berpuasa.  Terasa amat pantas masa berlau.  Tahun ini ada anggota baru dalam keluarga kami yang sama-sama meraikan bulan yang mulia ini.  Alhamdulillah.  Nurul Iman yang baru berumur 7 bulan banyak mencorakkan ibadah puasa pada tahun ini.  Anak kecil ini mengajar ibunya supaya banyakkan bersabar, ditambah pula dengan kakaknya Aisha yang baru berumur 2 tahun setengah.  Aku bersyukur kerana mendapat suami yang banyak membantu menguruskan anak-anak yang besar.  Dengan adanya sikecil yang masih menyusu, hampir seluruh masa ku di rumah mengadap keperluannya .  Tak diberi peluang langsung untuk membuat sesuatu kerja, pasti akan dipanggil dengan suaranya yang agak lantang.  Tak sampai hati pula nak biarkan dia terus menangis.

Niat nak beramal lebih dalam bulan Ramadhan tahun ini berbanding tahun lepas.  Dapatkah dilaksanakan dengan sebaiknya?  Tepuk dada tanya iman.  Haha…Iman si kecil memang sentiasa melekat di dada ibu.  Ya Allah.  Berilah kesabaran pada hamba mu ini.  Belas kasih dan Rahmat mu yang ku harapkan untuk masukkan diri ini dalam orang-orang yang mendapat kebaikan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.  Nak harap amal jauh sekali.  

No comments:

Post a Comment