contohnya
system/ideologi buatan manusia yang hanya berlandaskan kepentingan diri dan
nafsu semata.
Perhambaan, pengabdian secara total yang kita hanya paham hanya dalam bersolat/beribadah sahaja dan tidak dalam kehidupan duniawi keseluruhan. Hayatikah kita dengan sebenar-benarnya seerah kehidupan Rasulullah dengan mencontohi bagaimana Rasulullah berjaya menyatukan agama dan dunia, ibadah dan kehidupan, tazkiyah (penyucian jiwa) dan jihad tanpa ada kesimpangan atau penentangan antara keduanya.
Perhambaan, pengabdian secara total yang kita hanya paham hanya dalam bersolat/beribadah sahaja dan tidak dalam kehidupan duniawi keseluruhan. Hayatikah kita dengan sebenar-benarnya seerah kehidupan Rasulullah dengan mencontohi bagaimana Rasulullah berjaya menyatukan agama dan dunia, ibadah dan kehidupan, tazkiyah (penyucian jiwa) dan jihad tanpa ada kesimpangan atau penentangan antara keduanya.
Atau adakah kita anggap syurga dan neraka itu sebagi mitos
atau kepercayaan semata-mata kerana amat jelas dalam tindak-tanduk kita dalam
memperhambakan kehidupan kita semata-mata kerana Allah tidak menggambarkan cara
hidup seorang hamba yang sebenar-benarnya.
Adakah kita mempunyai cita-cita hendak masuk syurga dan mengharapkan
ni’mat yang paling besar iaitu ingin bertemu dengan Pencipta itu sendiri. Tidak adakah kerinduan didalam hati kita akan
kematian kerana hanya dengan kematian sahaja tiket untuk kita bertemu dengan
Allah. Persoalan-persoalan ini jika
ditujukan kepada diri kita, mampukah kita menjawabnya dengan jujur, kerana
orang yang betul-betul jujur dan benar akan berani mempertaruhkan nyawanya
kerana Islam dan melihat kematian itulah hakikat sebenar kehidupan dan bukan
kehidupan dunia yang penuh dengan penipuan.
Peringatan penting ini adalah hasil penyampaian Tafsir
Ustazah dari Surah Jumu’ah ayat ke tujuh, dimana Allah menggambarkan sifat
orang Yahudi yang takutkan mati dan ingin lari dari hakikat kematian itu kerana
mereka tahu yang mereka ini telah melakukan fasad iaitu kerosakan di muka bumi
dan hanya orang-orang yang benar sahaja akan berani menghadapi pertanggungjawaban
oleh Allah akan tugas hamba-hambanya di mukabumi ini. Dalam Surah ini juga Allah menggambarkan ahli
Kitab sebagai himar/keldai yang memikul barangan kerana mereka ini membawa
kitab Injil itu tanpa memahami dan mentaati isi kandungannya. Gambaran ini bukan sahaja ditujukan kepada
orang-orang Yahudi, tetapi juga kepada perangai-perangai yang seumpama dengan ahli
Kitab ini.
Banyak yang perlu kita muhasabah dan nilai sikap dan
perbuatan kita dalam penghayatan kita mengucapkan shahadatain dalam solat kita. Berulang-ulang kali kita bershahadah tanpa
merasakan tanggungjawab dalam mengotakan apa yang kita lafazkan kepada Pencipta
kita. Pemahaman yang jelas dalam aqidah
bertauhidkan Uluhiyah amat penting dalam kita menentukan tindak tanduk kita
sehari-hari. Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment