Tuesday, July 9, 2013

Bulan Al-Quran



Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak ramai dan  yang masih kecil seperti saya mesti ada perasaan sangsi nak mengkhatam alQuran di bulan Ramadan.  Sempat ke tidak?  Ditambah pula dengan hari-hari ‘datang bulan’nya lagi.  

‘Action List’ untuk bulan Ramadan pulak agak panjang.  Semangat berkobar-kobar itu memang ada, tapi kena realistik juga dengan senarai kerja-kerja rumah yang sedia ada.  Bagi yang bekerja seperti saya, mahu pengsan dibuatnya…Allahu Rabbi, permudahkanlah.  Berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini.

Kita kan berada di zaman canggih yang masing-masing ada gadjet dan smart phones.  Gunakanlah teknologi ini untuk lebih produktif dalam bulan ibadat ini.  Jadinya, saya nak kongsikan plan saya untuk khatam Quran untuk Ramadan ini.

Step 1.

Kurang kan ber'fesbuk' dan ganti dengan membaca Al Quran @SmartPhone.

Kalau boleh, tak payah berfesbuk dalam bulan puasa ini.  Habis bulan puasa kalau nak sambung, sambunglah.  Kalau pun nak, check hal-hal yang penting je.  Tahan daripada nak tau benda-benda yang tak berkaitan.  Terutamanya godaan jualan baju-baju raya yang sepatutnya kita dah siap beli sebelum Ramadan lagi.  Kita bukan sahaja menahan diri dari lapar, kita juga menahan dari lain-lain nafsu dalam bulan puasa ni.

Puan-puan pakai smart phone?  Jika pakai android smart phone, cari Al Quran Malay.  Kelebihan aplikasi ini ialah ia boleh simpan bacaan ayat yang akhir kita baca, dan bila kita buka balik di waktu lain, ia terus mula dengan ayat yang seterusnya.  Bestkan?

Step 3.

Jangan tangguh-tangguh

Jangan ditunggu masa yang perfect untuk kita baca alQuran.  Ketika anak kecil kita sudah tidur umpamanya.  Jika pun kita ada masa untuk nak perhabiskan 1 juzuk untuk lebih kurang satu jam, memang kita akan merasa letih dan cepat rasa bosan.  Untuk hari pertama, kedua boleh lah,  bersemangat lagi... tapi masuk hari-hari yang seterusnya, kita mungkin berhenti…kalau teruskan pun, mungkin tak dapat capai target. 

Pelbagaikan teknik bacaan. 

Dah penat baca sendiri, cuba pula perdengarkan audio qari dalam AlQuran Malay ini.  Suara lunak Qari ini memang amat memberi kesan.  Kerana dari intonasi bacaan qari ini menjadi terapi untuk jiwa.  Memang menaikkan semangat untuk teruskan bacaan.  Bagi yang menyusukan anak, dengarkan bacaan audio Al Quran Malay ini sambil menyusukan anak.  Sambil berbaring pun boleh.  Jadi, kita boleh teruskan bacaan Al Quran dalam banyak keadaan.  Tiada halangan lagi inSha Allah.

Step 3.

Doa, doa, dan doa
Allah menyarankan kita berdoa sejurus selepas ayat menyuruh berpuasa dalam surah alBaqarah, ayat 183-185.  Dalam ayat seterusnya 186, Allah menyatakan yang Allah itu amat dekat dengan hambaNya, dan akan menjawab setiap doa hamba-hambaNya bila-bila masa.  Tak perlu buat temujanji pasti Allah akan jawab setiap permintaan kita.  Itu janji Allah kepada kita.  Yakinlah.

Jangan dilupa juga:

Hafal doa-doa baru untuk diaplikasi dalam bulan Ramadan ini.  Doa-doa yang dah dihafal ini akan kita gunakan untuk bulan-bulan yang seterusnya sehingga ke akhir hayat kita.

Menghafaz ayat-ayat AlQuran.  Pentingnya ayat-ayat Allah ini diperbanyakkan hafazan dalam sisa-disa hidup kita ini.  Dengan cara ini, hubungan kita dengan Allah menjadi lebih rapat dan kukuh.  Kerana bacaan-bacaan ayat-ayat Allah ini kita boleh bacakan dalam solat kita.  Jadikan solat kita amat istimewa disisi Allah, dengan penghayatan ayat-ayat alQuran yang kita hafal dan fahami bacaannya.  Maha Suci Allah, banyak ganjaran yang kita perolehi.  Buat bekal kita untuk pertemuan kita dengan Allah SWT di Akhirat nanti.

Saya mengharapkan sangat bulan Ramadan tahun ini lebih baik dari sebelum ini.  Ya Allah, baligh na Ramadan.  Sampaikanlah kami bulan yang mulia ini. 

Ooh…ada sedikit tambahan, Tazkirah dari Ustaz Nouman Ali Khan.  Beliau mengatakan dalam Khutbah Jumaatnya, kita menyambut Ramadhan dengan berpuasa kerana menunjukkan kesyukuran kita dengan pemberian anugerah kitab alQuran kepada Umat Muhammad dalam bulan yang mulia ini.  Ini adalah point yang amat penting untuk kita fahami.  Betapa istimewanya bulan Ramadan ini dengan turunnya AlQuran dalam bulan ini sehingga Allah menyuruh kita menyambutnya dengan berpuasa. 

Dengan sebab yang amat penting itu amat cantik sekali jika kita menghayati bulan yang mulia ini dengan membaca ayat-ayat Allah dengan penuh tadabbur, dan penghayatan. 

No comments:

Post a Comment