Thursday, September 6, 2012

Anugerah Lupa


Amat menarik sekali tazkirah hari jumaat minggu lepas di office kami. Ustazah menyentuh mengenai sifat lupa, dan mengajak pendengar berfikir akan kebaikan dan keburukan dari sifat lupa yang tertanam dalam diri kita.

Sifat lupa yang membina menurutnya adalah lupa akan kesalahan-kesalahan yang lepas bagi mempertingkatkan sesuatu. Contohnya dalam mendidik anak. Kita sering mengungkit akan kesalahan anak-anak kita yang telah lepas. Tindakan kita memperingatkan kesilapan yang telah mereka lakukan akan menjadikan mereka tidak mempelajari sesuatu daripada kesilapan itu. Kita perlu memberi pandangan yang berguna dan memberikan penjelasan yang boleh membantu anak-anak menghadapi sesuatu keadaan itu dengan lebih terbuka dan seterusnya mereka akan bersedia menerima tunjuk ajar kita. 

Melupakan kejahatan yang lepas bagi meningkatkan keimanan, contoh yang diberikan adalah bagaimana Saidina Umar dengan melupakan dosa besar yang pernah dilakukan iaitu membunuh anak perempuannya, beliau berusaha meningkatkan amalan soleh bagi menebus dosanya yang lampau. Jika beliau tidak berjaya melupai kesalahannya yang lampau, ia akan menghantui fikirannya dan ini akan menghalang beliau memaafkan diri beliau.
Mengikut pandangan Aljauzi, apabila kita menghadapi sesuatu masalah dalam kehidupan, hendaklah kita membayangkan masalah yang menimpa akan hilang, kerana dgn cubaan melupakan sesuatu yang negatif di dalam diri kita, kita akan merasa tenang dan aman dalam diri kita. Dengan melupakan bencana yang dihadapi dan menyerahkan segalanya kepada Allah, hati kita akan merasa tenteram. Apabila diri kita tenang, kita dapat mempertimbangkan sesuatu keadaan dengan lebih baik lagi dan hasilnya kita akan bertindak dengan lebih positif menghadapi sesuatu kesusahan.
Sifat lupa yg boleh merosakkan pula, contohnya, kita sering lupa dari melakukan perkara-perkara kebaikan. Dan kemuncak lupa yang paling bahaya ialah melupakan hari akhirat. Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment