Wednesday, August 1, 2012

AlQuran itu Petunjuk



Khatam dah berkali-kali dalam hidup.  Dalam bulan Ramadhan pula, tak sah kalau tak khatam Quran, paling kurang 1 kali.  Tapi kenapa ya masih tak berubah.  Tiada peningkatan dalam amalan, akhlaq masih lebih  kurang sama sebelum Ramadhan.  Hmm…apa masalahnya dengan bacaan al-Quran ku selama ini?  Tiada penghayatan barangkali.  Gara-gara nak cepat habis gamaknye.  

Amalan puasa di bulan Ramadhan diharapkan mencapai ketaqwaan.  Dengan mencapai syarat taqwa barulah kita peroleh petunjuk dari al-Quran itu.  Terngiang-ngiang suara Ustaz di kuliah Zuhur tadi.  Allah tidak memandang kuantiti amalan seseorang, tetapi kualitinya.  Nak mencapai Taqwa pastinya amalan puasa yang berkualiti tinggi.  Hanya Allah yang maha Mengetahui hamba Nya yang mana paling ikhlas dan ihsan dalam amalannya.

Ya Allah, aku mengharapkan keampunan Mu di atas segala kekurangan dalam amalan yang ku persembahkan kepada Mu, hanya beristighfar yang mampu ku ucapkan selepas setiap solat ku, moga dengan Rahmat Mu, Kau terima amalan ku.  Ameen.

No comments:

Post a Comment