Surah al-Fatihah juga merupakan ayat-ayat syafiah, penyembuh
segala penyakit. Penyakit yang ditekan
kan oleh ustazah di kuliah tengahari tadi terutamanya pada penyakit minda,
pemikiran akal manusia. Contoh seperti
ideologi-ideologi sesat dan menyeleweng dari ajaran al-Quran dan
al-Sunnah. Dengan itu Surah ini
berfungsi sebagai benteng dari diserang dan dipengaruhi pemikiran yang boleh
merosakkan aqidah kita.
5 asas utama terkandung di dalam ummul kitab ini.
1. Asas aqidah di dalam ayat 1-4.
بِسمِ الله الرَحمَن الرَحيِم
Bermula dengan basmallah, dengan
nama Allah terkandung nama Allah yang bersifat asma ul-Husna, diganding nama
Allah itu dengan sifat al-Rahman dan al-Rahim yang bersifat pengasih dan
penyayang kepada hamba-hambaNya.
Penyempurnaan akhlaq yang bersifat Asma Allah ulHusna merupakan aqidah
yang lengkap susulan dari tauhid Uluhiyah, dan Rububiah. Nilai tarbawi yang terkandung di dalam ayat
pertama ini, بِسمِ الله الرَحمَن الرَحيِم , berakhlakkan dengan sifat-sifat Allah ini
merupakan pelengkap kepada aqidah tauhid kita yang dapat memberikan timbangan
yang berat dalam amalan seharian kita.
Memulakan sesuatu amalan dengan bismillah merupakan adab seorang hamba muslim
yang mengetahui akan segala yang ada pada dirinya di muka bumi ini adalah
pinjaman dari Penciptanya.
أَلحَمدلِله رَبِ الَعالمين
Dalam ayat ke 2 ini perkataan رَبِ (rabb) terkandung
asas aqidah tauhid kita iaitu rububiyyah, pengiktirafan Allah sebagai pencipta,
pemilik mutlaq dan pemberi rezeki kepada makhluqNya. Pengucapan hamdalah merupakan tanda syukur
kepada Allah tidak cukup dengan hanya lafaz dilidah tetapi dibuktikan dengan perlakuan,
sebagai contoh dalam menerima kesihatan yg dikurniakan Allah, hamba yang
bersyukur akan menggunakan tenaganya
dalam membantu insan yang memerlukan.
الرّحْمَان الرَّحِيم
Yang Maha Pengasih dan Penyayang, ini merupakan pujukan Pencipta kepada hamba-hambaNya supaya jangan lari daripada Allah yang menciptakan semua makhlukNya dengah fitrah berkasih sayang, dan hidup dengan penuh harmoni hatta haiwan sekalipun. Kecuali apabila berlakunya perlanggaran dalam norma kehidupan.
مٰلِكِ يَوْمِ الْدِّيْنِ
الرّحْمَان الرَّحِيم
Yang Maha Pengasih dan Penyayang, ini merupakan pujukan Pencipta kepada hamba-hambaNya supaya jangan lari daripada Allah yang menciptakan semua makhlukNya dengah fitrah berkasih sayang, dan hidup dengan penuh harmoni hatta haiwan sekalipun. Kecuali apabila berlakunya perlanggaran dalam norma kehidupan.
مٰلِكِ يَوْمِ الْدِّيْنِ
yang bermaksud penguasa di
hari Qiamat/pembalasan iaitu hari manusia membayar hutang-hutang.
Perkataan diin berasal dian, iaitu hutang, di mana hutang manusia yang
menangguh-nangguh, bermalas-malasan di masa hidupnya di dunia, dan apabila
sampai hayatnya didunia, dia tidak sempat menunaikan tugas yang
dipertanggungjawabkan kepadanya. Dan Al-Quran berperanan
sebagai peguambela juga sebagai pendakwa bergantung kepada cara mana manusia
itu memperlakukannya di dunia ini.
Ayat 1-4 ini bermula dengan mengenal Allah, dan berakhir dengan adanya hari pembalasan. Segala keputusan yang manusia ambil dan lakukan yang pasti semuanya kan kembali kepada perhitungan Allah di hari pembalasan nanti.
Ayat 1-4 ini bermula dengan mengenal Allah, dan berakhir dengan adanya hari pembalasan. Segala keputusan yang manusia ambil dan lakukan yang pasti semuanya kan kembali kepada perhitungan Allah di hari pembalasan nanti.
ايّا ك نَعبُدُ وَ ايَّكَ نَستَعِيْن
2. Asas ibadah dalam ayat 5. Perlakuan manusia dengan ibadah-ibadah khusus merupakan bukti perhambaan seorang makhluq kepada PenciptaNya. Amalan kerja hanya akan dinaik taraf kepada ibadah sekiranya mengikuti dan mencukupi syarat-syarat yang telah ditetapkan Allah. Contoh, seorang muslimah yang pergi bekerja kerana Allah, menjaga adab pergaulannya di tempat kerja dan mengikuti segala syarat-syarat yang ditetapkan shariat akan diterima Allah sebagai ibadah dan akan memperolehi pahala.
Hidup adalah untuk ubudiyyah, mengabdikan diri kepada Allah. Contoh dalam ibadah umum, amar ma’ruf nahi mungkar dan dalam menjaga silaturrahim semuanya diniatkan kerana Allah. Dan dalam melakukan ibadah, kita amatlah dituntut memohon pertolongan Allah, menandakan sifat tawadhu’ seorang hamba dalam mentaati Allah dengan jayanya adalah dengan adanya pertolongan dari Allah.
Segala usaha yang dicapai oleh hambaNya bukan dengan hasil usaha sendiri tetapi dengan izin dan pertolongan dari Allah.
ءِاهْدِنَا الصِرَاطَ المُستَقِيمَ
3. Asas al-Toriq (jalan), iaitu jalan-jalan orang-orang yang istiqamah itu adalah yang sebenarnya, al-Haq. Hadith Rasulullah SAW, jalan menuju ke syurga ialah iman berserta taqwa.
صِرَٰاط الّذِين انعَمت عَلَيْهمْ
4. Asas Manhaj. Jalan orang-orang yang mendapat ni’mat dari Allah, kekal di Akhirat. Terdapat 5 golongan yang Allah janjikan ni’mat itu. 1. Para Nabi dan Rasul, 2. Para Shuhada’, 3. Para Sadiqiin, 4. Para Ulama’ dan Auliya’, dank e 5, Para solihiin dan Muslih.
غيْرِ المَغضُوْبِعَلَيهِمْ و لا الضَٰآلِين
5. Sambungan dari ayat 8, bermaksud, bukan orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan orang-orang yang sesat. Asas kesesatan, Allah menyatakan dua kaum yang Allah murka iaitu pertama kaum Yahudi, bangsa yang telah diberi petunjuk dan penerangan. Mereka merupakan bangsa yang berilmu tetapi fasik, melanggar sesuatu dalam pengetahuannya, dan mengingkari perintah-perintah Allah. Manakala kaum yang sesat pula ialah nasrani iaitu saki baki kaum Yahudi yang berasal dari satu tempat bernama Nusra. Merupakan golongan terakhir dari kaum Yahudi dari Nabi Isa yang enggan mengikuti ajaran Nabi Isa. Mereka ini golongan yang kurang berilmu berbanding dengan kaum Yahudi dimana mereka ini hanya mengikuti agama nenek moyang mereka yang telah diseleweng, dimana mereka memilih untuk mengasingkan diri menjadi rahib di biara-biara. Mereka dipanggil ummiyyiin, buta Injil, tidak mengambil keseluruhan ajaran nabi Isa, meninggalkan seruan jihad dan beramal tanpa ilmu. Ayat ini juga sebagai peringatan kepada kita semua supaya mengambil pengajaran daripada kedua-dua kaum ini supaya kita tidak mensifati perangai yang dimurkai Allah dan sesat ini.
Wallahu A’lam.
No comments:
Post a Comment