Semua wanita dikurniakan Allah dengan kelebihan
bercerita. Bercerita boleh jadi dalam
bentuk mengadu, membebel, meluahkan perasaan, berkongsi pendapat, apa pun memang
kami suka berkongsi maklumat (term positifnya).
Cerita itu boleh jadi kisah sehariannya di ofis bagi ibu yang bekerja,
dan ia boleh jadi juga aduan kerja-kerja rumah yang banyak bagi ibu di rumah.
Kami tidak minta banyak.
Sedang Ummul Mukminin kita Aisha juga bercerita panjang dengan suaminya
Nabi Muhammad yang pastinya teramatlah sibuk berbanding suami kita. Kisahnya memang teramatlah panjang pabila
beliau menceritakan satu-satu kisah sebelas wanita yang menceritakan kisah
suami masing-masing dan kisah-kisah itulah yang diceritakannya kepada nabi
tidak lepas seorang pun. Akhlak Nabi
seperti yang kita jangka, mendengar sepenuhnya dengan penuh minat dan menjawab
dengan baik sekali.
Tak rugi pun.
Dengarkanlah sahaja bebelan si isteri, kerana sesi mendengar itu pasti
membuahkan hasil yang amat baik untuk si isteri. Jadilah kaunselor terbaik dengan mendengar
luahan itu dengan sebaiknya. Kerana ia
merupakan terapi melepaskan segala jenis emosi negatif dalam diri isteri. Dan jangan risau sang suami karena isteri yang bahagia, pasti akan membuatkan
seisi rumah itu ceria.
No comments:
Post a Comment