Saturday, October 8, 2016

Keluhan ibu bekerja...

1.
kerja 9-5, memang kita tidak bebas dan terikat.
tetapi...bila dah dalam keadaan yang selesa, zahirnya nampak selesa (lebih kepada selesa material), tetapi jiwa kita resah.
ini keluhan seorang ibu, isteri yang bekerja. keadaan menjadi lebih stress kerna jauh disudut hati, bukan ini yang aku kejar.  bukan dunia, bukan kesenangan (masih mahu cukup makan pakai, selesa tempat tinggal)...ya, tak boleh deny...perlu semua itu...cuma dunia hanya alat untuk berkhidmat untuk sang Pencipta yang maha Agung. tak boleh dibuang sepenuhnya.
ini dikatakan di bibir ada senyum, tapi di hati mau nangis.

apa pun...niat ini ada satu...mujahadah untuk memperhambakan diri ini untuk Mu ya Allah.

2.
melihat anak pula sayu.
sebab anak-anak yang ibunya bekerja tak dapat perhatian yang sewajarnya. kerna sang ibu sudah penat...
sewajarnya ada tarbiyah nya untuk anak-anak ini.  selain dari menyuruh itu ini dan mengarah. menengking tanpa diberikan sebab bila anak-anak melakukan kesilapan.
aduh! banyak kesalahan ibu.
mau nangis bila dipikirkan.

mengharapkan keampunan dan belas ihsan mu ya Allah di atas kelemahan hambaMu dan cuai dalam menunaikan amanah Mu.

3.
redha dengan ketentuan Mu ya Allah.
buat masa ini, buat yang terbaik dan termampu dek kudrat.
tapi cita-cita ini masih mau keluar dari kebiasaan makan gaji ini.
mau mengatur langkah untuk pergi lebih jauh.  mau terbang tinggi, lepas bebas...eewahh...

4.
apa yang penting.  kerjasama...ehh.
niat untuk membina legacy itu ada.  kerja untuk ummah.  untuk anak-anak lihat.
yakinlah. jaga Allah, maka Allah akan jaga kita.

ku juga yakin, apa jua yang Kau tetapkan adalah terbaik buat ku ya Allah.

5.
senyum...Alhamdulillah, aku masih mampu tersenyum.
ku masih mampu dengan ujian Mu ini.  dengan kekuatan Mu jua Ya Robb.
ku masih mampu tersenyum.  Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment